Cara untuk membuat Masakan Baby Kailan masak bawang putih bersama udang. Sedap sangat!

Siap sayur untuk meratah. Hari-hari kalau boleh nak meratah saja lauk nih. Anak-anak pun turut makan sekali. Jangan risau, masakan sayur baby kailan nih tak pahit pun. Manis-manis masin. Bila gigit rangup je texture dia.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 atau 5 pokok baby kailan dan dicuci bersih.
  • ½ biji lobak merah dipotong.
  • 6 ulas bawang putih dicincang.
  • ¼ bawang besar dihiris.
  • 13-15 ekor udang bersaiz sederhana.
  • 1 batang cili merah dipotong.
  • Minyak masak untuk menumis.

Bahan untuk buat Sos campur:

  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar light soy Sos.
  • 1 sudu besar Sos ikan.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa.
Baca juga :  Mee Hailam istimewa dengan Kuahnya yang enak dihirup begitu sahaja!

Campurkan kesemua didalam mangkuk besar dan ketepikan.

Cara memasak dan membuatnya:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Bila dah siap asingkan dan letak ketepi.
  2. Tumiskan bawang merah kemudian masukkan udang dan masak sebentar.
  3. Masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan Sos yang telah dicampur tadi. Masak seketika.
  4. Bila dah puas hari, boleh angkat dan taburkan bawang putih yang digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.