Cara untuk membuat Roti Paung yang sangat lembut dan gebu. Cicah dengan Teh O memang padu beb! Terima kasih kepada Puan Norhazura Harun kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500gm tepung high protien/tepung gandum.
- 2 Sudu makan susu tepung.
- 100gm mentega.
- 11 gram yis.
- 100 gram gula halus.
- Telur sebiji.
- 230 gram Air sejuk coway atau air sejuk letak ais.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Satukan kesemua bahan dan uli. Biar adunan naik sekali ganda.
- Bila adunan dah naik, bulat-bulatkan doh kecil-kecil. Letak dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit mentega.
- Biarkan doh mengembang sedikit dan sebelum nak bakar tu spray air atas roti. Bakar dalam oven menggunakan suhu 160 darjah selama 15 hingga 20 minit.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan griskn dengan mentega atas roti tu baru roti Comel berkilat.
Selamat mencuba.