Roti Paung Ni Kalau Buat Minum Petang Cicah Dengan Teh O Panas atau Kopi O Panas memang terbaik la!

Cara untuk membuat Roti Paung yang sangat lembut dan gebu. Cicah dengan Teh O memang padu beb! Terima kasih kepada Puan Norhazura Harun kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gm tepung high protien/tepung gandum.
  • 2 Sudu makan susu tepung.
  • 100gm mentega.
  • 11 gram yis.
  • 100 gram gula halus.
  • Telur sebiji.
  • 230 gram Air sejuk coway atau air sejuk letak ais.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan dan uli. Biar adunan naik sekali ganda.
  2. Bila adunan dah naik, bulat-bulatkan doh kecil-kecil. Letak dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit mentega.
  3. Biarkan doh mengembang sedikit dan sebelum nak bakar tu spray air atas roti. Bakar dalam oven menggunakan suhu 160 darjah selama 15 hingga 20 minit.
  4. Bila dah masak keluarkan dari oven dan griskn dengan mentega atas roti tu baru roti Comel berkilat.
Baca juga :  Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar)

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.