Saya dan suami berniaga roti canai. Tahun ni tahun yang ke 7 saya dan suami berniaga. Suami yang suruh saya sedekah resepi ni pada semua. Cuma kami minta doakan kami di murahkan rezeki, sihat selalu dan doakan kami di kurniakan zuriat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanifah Emiliah. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Tepung gandung 1 kg
- Gula dan garam.
- Air suam.
- Planta 2 sudu.
- Minyak masak 3 sudu.
- Kuning telur sebiji sahaja.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Larutkan garam, gula bersama air suam.
- Planta, telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung tadi.
- Masukkan air tadi sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tak melekat di tangan. Jika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.
- Siap diuli biarkan dalam 10 minit kemudian boleh buat doh bulat.
- Doh tadi sapu dengan Planta biar semalaman esok pagi baru tebar.
Selamat mencuba.