Cara untuk membuat Kuah Colek Buah dan Serbuk Asam Pedas Manis yang paling padu!

Siapa sini suka makan colek buah. Mesti sedap kan? Tapi kesedapan tu bergantung kepada sedap dan padunya kuah colek yang disediakan. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuah Colek Buah dan Serbuk Asam Pedas Manis buah yang paling padu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fia Sofia. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Cawan Air.
  • 6 ketul Gula Melaka.
  • Belacan sikit.
  • 1 sudu Garam.
  • 1 sudu Sos ikan.
  • Bawang merah 4 biji Hiris halus.
  • Udang kering.
  • Cili padi Secukupnya.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Ikan Bawal 3 Rasa

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masakkan Air dan gula Melaka sampai mendidih. Masukkan belacan ,Garam dengan sos ikan dan kacau kemudian tutup api.
  2. Kemudian, masukkan Udang kering, Bawang merah, Cili padi dan kacau sampai sebati. Biarkan ianya sejuk kemudian dan boleh mula mencicah la dengan apa-apa buah kegemaran anda.

Nak buat versi Serbuk colek Thailand senang je. Bahan-bahan yang diperlukan seperti berikut:

  • Cili api 3 biji, buang biji tumbuk dulu.
  • Cili merah secukupnya.
  • Gula 4 sudu.
  • Setengah sudu garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cili Jeruk yang rangup dan penambah rasa terbaik untuk makanan anda.

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan dah siap! Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.