Cara-cara untuk membuat Kentang Penyek Cheese Bakar. Kena buat banyak tau sebab confirm tak cukup sebiji!

Resepi ni ada tengok 1 video dekat group masak. Sebab bahan-bahan dia mudah jer kita try lah buat! Keju tu kalau korang nak keju Mozarella pun ok! Saya ikut apa yang ada dekat dapur je. Senang jer nak buat! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kentang secukupnya.
  • Keju keping secukupnya.
  • Sedikit mentega.
  • Lada hitam (ditumbuk).
  • Sedikit Oregano.
  • Sedikit Serbuk paprika. Nak guna serbuk cili pun ok.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus kentang sekali dengan kulit sampai betul-betul empuk. Masukkan sedikit garam. Toskan kentang kemudian letak dalam dulang pembakar.
  2. Tekan kentang sampai penyet macam dalam gambar. Kemudian, sapu mentega atas kentang.
  3. Taburkan serbuk lada hitam, oregano, serbuk paprika dan sedikit garam.
  4. Bakar kentang pada suhu 200 darjah selama 35 minit. Nak lebih pun boleh kalau nak lebih garing. Mudah sangat resepi ni untuk korang cuba.
Baca juga :  Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin

Bolehlah buat sebagai menu sarapan @ menu petang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.