Roti Bakar tersedap ni anda kena cuba untuk sarapan pagi ni. Mudah je nak buat!

Pagi-pagi mesti kita pening menu apa yang nak kita bekalkan kepada anak-anak kita atau suami. Apa kata kita cuba tips untuk membuat roti bakar yang garing dan rangup oleh Puan Ziera Xiera ni. Selamat mencuba.

Beli roti dari ahad hari tu lagi. Tak ada seorang pun yang makan. Pagi ni buatkan roti bakar. Aii licin pulak dia orang makan. Senang hati tengok roti dah habis.

Tips untuk membuat Roti bakar garing dan rangup:

  1. Potong kerak dibahagian tepi roti. Kalau tak nak potong pun boleh. Ikut suka masing-masing.
  2. Sapukan kaya tak kisah jenama apa. Yang penting jagnan kedekut nak sapu lebih ya. Ni yang buat sedap meleleh nanti seiring dengan butter cair tu.
  3. Pastikan guna mentega Buttercup. Kalau nak lagi sedap gunalah pure butter yang mahal tu. Dalam keadaan keras, potong sekeping-sekeping, kemudian potong kepda 3 bahagin. Susun atas roti yang dah disapu kaya tadi.
  4. Bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 10 hingga 15 minit mengikut kepada tahap kegaringan yang kita nak. Guna Air Fryer pun boleh tapi ikut setting sendiri takut hangus pulak roti tu nanti.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cupcakes Coklat Oreo hanya dengan 3 bahan sahaja!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.