Cara untuk membuat Roti Sarang Lebah yang sangat gebu dan lembut.

Cara untuk membuat Roti Sarang Lebah yang sangat gebu dan lembut. Ada yang suka tak? Terima kasih kepada Puan Sha Roziah Al Yahya dan mohon doakan anak puan ni supaya Allah mudahkan penghafalannya Al Quran anak-anaknya dan kita semua. Insha Allah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram tepung gandum / high protein.
  • 70 gram gula kastor.
  • 30 gram susu tepung.
  • 1 sudu teh bread improver.
  • 1 sudu teh dough softener atau apa-apa jenis pelembut yang ada.
  • 7 gram yis.
  • 1 biji telur dan air sejuk lebih kurang 280 ml hingga 300 ml dan disatukan sekali.
  • 60 gram butter / marjerin.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Griskan loyang untuk letak doh yang sudah di bentukkan.
  2. Satukan semua bahan- bahan uli hingga doh licin dan elastik. Saya guna breadmaker. Saya uli dalam 25 hingga 30 minit.
  3. Dah siap uli saya terus bentukkan dan perap hingga membesar 2 kali ganda.
  4. Sebelum bakar spray ngan air biasa dan bolehlah letak kekacang. Boleh cari di bakeri.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah sehingga masak menggunakan api atas dan bawah ya. Masa dan suhu bergantung pada oven masing-masing tau.
Baca juga :  Resepi Apam Viral 5 Bahan Sahaja. Paling mudah dan senang untuk semua orang!

Saya tak rendam yis dengan air suam ya, terus masukkan dalam adunan je. Yang nak rendam dulu terpulang. Selamat mncuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.