Cara membuat Kangkung Goreng Belancan. Simple, sedap dan sempoi!

Cara membuat Kangkung Goreng Belancan. Simple, sedap dan sempoi! Ratah saja pun layan. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji bawang besar.
  • 1 biji cili merah.
  • 1 biji cili padi.
  • Sedikit belacan.

Kisar semua bahan di atas sampai mesra sehati dan sejiwa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, sambil tu buka tingkap biar tak berkuap. Masuk bahan kisar. Tumis sampai bahan masak.
  2. Masuk batang kangkung. Potong la dulu biar cantik masakan kita nanti. Masuk 2 sudu sos tiram. Kacau dan masak sampai batang kangkung lembut.
  3. Letak 1/2 biji bawang holand. Memang sengaja tak letak awal. Lebih sedap letak masa ni. Bila makan terasa rangup je.
  4. Masukkan 1 cawan air. Saya suka berkuah baru sedap makan nanti.
  5. Letak 2 sudu kicap. Makin gelap makin sedap.
  6. Akhir sekali, masuk sayur kangkung. Basuh sayur kena bersih ye. Masak seketika dan dah siap!
Baca juga :  Boring dah makan nasi putih? Jom kita cuba Garlic Butter Rice pula. Pasti puas hati punya!

Asyik simpan resipi je, buatnya entah bila. Eh, bukan saya yang cakap. Awak kan? Heheh Selaamt mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.