Cara untuk membuat Roti Goreng berinti Ayam Keju yang rangup dan mudah disediakan.

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda caraun untuk membuat Roti Goreng berinti Ayam Keju yang rangup dan mudah disediakan. Sesuai sangat untuk dibuat sebagai menu minum petang dan sarapan pagi anda.

Cubalah buat. Senang sangat. Saya tak pandai masak pun. Roti pun tak pandai nak lipat sangat tapi saya suka memasak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • Carrot yang diparut.
  • Cheese slices. Kalau pakai mozarella cheese pun sedap.
  • Isi ayam secukupnya.
  • Planta.
  • Serbuk roti.
  • Roti buku.
  • Gula, garam dan serbuk lada putih secukupnya.
Baca juga :  Resepi Mango Cheesecake

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali kemudian letak planta mengikut jumlah inti yang nak dimasak. Bila planta dah cair. Letak bawang besar dan bawang putih yang di cincang halus.
  2. Masak sehingga bawang nampak layu baru masukkan isi ayam, Carrot, Garam, Gula dan serbuk lada putih.
  3. Tunggu dan masak sampai kering air barulah diangkat dan disejukkan.
  4. Yang roti saya dah potong tepi ye kemudian lenyekkan barulah letak inti dan cheese. Celupkan dalam telur lepas dah siap bungkus barulah letak dalam serbuk roti pula.
  5. Goreng seperti biasa sampai serbuk roti perang dan rangup. Angkat dan toskan minyaknya kemudian dihidang untuk santapan bersama keluarga.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Gepuk ala Pak Gembus. Padu beb sambal dia!

Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.