Semalam kami dah kongsikan untuk buat sendiri Ikan Sardin. So, apa lagi jom cuba Kari Masak Kari ni pula ye!

Cara untuk membuat Masakan Ikan Sardin Masak Kari yang enak. Pasti anda sekeluarga puas hati! Siang hari bulan biasa boleh makan dengan roti prata atau roti canai. Memang sedap dan terbaik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1½ sardin tin. Ambil ikannya sahaja.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 3 ulas bawang putih dihiris.
  • 2 batang cili hijau.
  • 1 batang cili merah.
  • Tomato dibelah.
  • Daun Kari 2 tangkai.
  • Santan fresh 200ml sebagai tambahan penyedap rasa.
  • Air putih 100ml.
  • 1 biji kentang.
  • Serbuk Kari 3 sudu besar untuk dijadikan paste.
  • Garam, Serbuk perasa secukupnya.
  • Minyak masak untuk menumis.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang besar. Kemudian masukkan daun kari dan masak sehingga naik bau dan keperangan warnanya.
  2. Masukkan paste Kari. Gunakan api perlahan dan tumis sehingga pecah minyak dan rempah masak dengan sempurna.
  3. Masukkan kentang dan masak sehingga sedikit lembut dan empuk baru masukkan santan. Biarkan ianya masak sebentar.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin, cili hidup dan tomato. Biarkan ianya masak sebentar. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu.
  5. Siap dihidang untuk berbuka atau bersahur anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos memasak Istimewa Char Kuey Teow. Sedap sangat!

Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.