Cara untuk membuat Bread Loaf

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Bread Loaf yang gebu. lembut dan sedap untuk anda semua cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hehiman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cup tepung gandum.
  • 1 sudu makan marjerin.
  • 3 sudu gula.
  • 1 cup susu (full cream/lowfat/fresh)-suam.
  • 1 sudu makan yis.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gula susu (yang telah disuamkan) yis digaulkan bersama dan biarkan berbuih sekejap.
  2. Kemudian masukkan dalam adunan tepung yang ditambah bersama dengan garam.
  3. Uli kejap then masukkan marjerin. Uli lagi sehingga doh menjadi elastik.
  4. Then biarkan naik seketika (double in size). Bila dah naik, bentukkan dalam loyang bread then bakar pada suhu 200 darjah selama lebih kurang 30 minit menggunakan api atas dan bawah. Jangan lupa griskan dulu loyang dengan mentega.
Baca juga :  Resepi Brownies Kedut yang padu. Rangup di luar, cair di dalam. Cubalah!

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.