Resepi Lengkap Nasi Lemak Utara bersama sambalnya yang terbaik. Buat setiap hari pun berbaloi!

Cara lengkap untuk membuat Nasi Lemak Utara bersama sambal terbaik untuk anda cuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 cawan beras Basmathi. Basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyit kemudian toskan.
  • 6 cawan air.
  • 1 cawan santan perahan pertama.
  • 2 sudu teh garam.
  • 2 helai daun pandan(carik dan simpul).

Bahan-bahan tumis:

  • 1 senduk minyak masak.
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis.
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis.
  • Sebesar ibu jari halia dihiris nipis.
  • 2 sudu teh jintan manis dibasuh dan tumbuk guna lesung batu.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 4 – 5 biji bunga lawang.
  • 1 sudu teh lada hitam biji.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis. Tumis hingga bahan hiris layu dan wangi kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan beras yang dah ditoskan ke dalam periuk elektrik. Masukkan air, santan, daun pandan, garam dan curahkan bahan tumis tadi sekali dengan minyak yang kita menumis tu yer.
  3. Tekan cook dan biarkan masak elok. Bila button dah naik ke atas. Tekan sekali lagi. Dah naik sekali lagi barulah boleh kacau nasi perlahan-lahan.
  4. Siap. Tips untuk beras dan air/santan sukat cawan yang sama.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Naget Ayam Tempura. Kesedapan yang tidak terhingga untuk anda sekeluarga.

Bahan-bahan untuk membuat Sambal Kosong:

Bahan-bahan kisar:

  • 35 tangkai cili kering.
  • 3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih.
  • 3 sudu besar ikan bilis.
  • 1/2 sudu teh belacan(sikit jer tau).
  • 1 1/2 cawan minyak masak.

Bahan-bahan lain:

  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 3 sudu makan gula pasir.
  • 1 sudu makan gula merah.
  • 3 sudu makan air asam jawa(sederhana cair).
  • Sedikit garam.
  • Sedikit bahan perasa.

Cara-Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan masak guna api sederhana. Jangan letak minyak dah yer sebab kita dah kisar dengan minyak. Salah satu teknik bila masak sambal tak terpercik merata.
  2. Bila cili dah mula masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan bahan perasa.
  3. Masak hingga pekat. Bila dah pekat masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  4. Siap untuk dimakan bersama nasi lemak utara kita tadi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Durian yang rasanya memang padu! Kena cuba tau sebab senang nak buat aiskrim ni.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.