Ada Air Fryer? Jom kita cuba Resepi Ayam Bakar Madu yang pastinya sedap dan mudah untuk disediakan!

Ada Air Fryer? Jom kita cuba Resepi Ayam Bakar Madu yang pastinya sedap dan mudah untuk disediakan! Memang tak renyah pun. Masuk dalam AF dan dah siap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Munira Ali. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 sudu Sos tiram.
  • 2 sudu Sos cili.
  • 1 sudu rempah kari ayam.
  • 4 sudu Madu.
  • Sedikit Sebuk lada hitam.
  • 2 sudu Minyak masak.
  • 1 sudu Kicap.
  • 4 ulas Bawang putih 4 ulas.
  • Sedikit halia ditumbuk hancur.
  • Sedikit serbuk secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas kemudian gaulkan bersama ayam kita.
  2. Perapkan ayam yang telah digaul bersama bahan tadi. Perapkan lagi lama lagi sedap.
  3. Ayam tu kita kena kelarkan sikit dan balik-balikkan ketika bakar guna AF. Jadi nak masak sekata tu kena balikkan ye. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit kemudian balikkan ayam dan sambung masak lagi 15 minit.
Baca juga :  Menu ni menu bermusim namun tidak lagi dengan resepi ini. Jom cuba Ayam Percik Kuah Lemak yang padu ni!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.