Resepi Wanpaku Sandwich Viral Senang & Healthy. Yang pasti memang sedap sehingga ke gigitan yang terakhir.

Resepi Wanpaku Sandwich Viral. Senang dan Healthy ikut cara diet orang jepun. Terima kasih diucapkan kepada Adiba kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Terima kasih juga kepada pemunya gambar @aidasaniaweina dan @amirahinthekitchen.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti Gardenia Wholemeal hijau 2 keping.
  • Salad 3 jenis.
  • Kobis ungu, Tomato, Capsicum, Lobak merah dan Timun jepun secukupnya.
  • Tuna in organic broth (ayam brand), mix olive oil, lada hitam, lada putih secukupnya.
  • Salad dressing 1 sudu.
  • Telur rebus secukupnya.

Langkah-langkah untuk membuatnya:

  1. Cara buat sama saja macam sandwich biasa cuma layer salad jadi tebal. Untuk kurangkan ketebalan, hiris sayuran nipis-nipis macam dalam gambar.
  2. Ok dah siap susun satu per satu lapisan salad, protein dan salad lagi. Balut dulu dengan plastic wrapping lepas tu balut dengan parchment paper pulak. Dah siap balut kemas-kemas potong tengah.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Japanesse Milk Bread yang gebu

Tips extra untuk sandwich anda lagi sedap:

  • Jangan letak byk sos/mayo/dressing nanti muak dan roti jadi lembik.
  • Keringkan sayur-sayuran dan hiris nipis-nipis kalau tak nak sandwich jadi tebal gila.
  • Lepas siap terus makan baru fresh. Simpan lama nanti roti jadi lembik.

Semoga bermanfaat untuk korang yang baru nak cuba buat Wanpaku Sandwich yang viral ini. Selamat mencuba! Ingat, let it be healthiest possible ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.