Bagi yang tiada idea nak masak apa, boleh cuba Sotong Masak Cili Padi ini!

Bila hari-hari masak, sampai tepu dah tak tahu nak masak apa. Ni kita lebur jelah sotong masak cili padi. Lauk paling senang & berselera. Makan dengan nasi panas kemudian goreng telur mata goyang memang layan, Jom cuba resepi oleh Nurul Joe.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sotong kecil setengah kg dan dibersihkan.
  • *2 biji bawang besar.
  • *5 ulas bawang putih.
  • *6 tangkai cili padi merah.
  • *4 tangkai lada besar hijau.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan sotong & biar sekejap untuk keluarkan air sotong dan toskan. Airnya saya buang sebab tak nak lauk berkuah sangat. Kalau suka berkuah boleh guna semula air sotong tadi.
  2. Kisarkan semua bahan bertanda * guna chopper atau tumbuk. Kalau blend nanti halus sangat tak berapa rasa cilinya.
  3. Tumiskan semua bahan kisar/tumbuk tadi. Minyak lebih sikit pun tak apa.
  4. Masukkan garam & serbuk kunyit. Agak dah layu, masuk sotong tadi.
  5. Masakkan sekejap dan jangan lama-lama nanti sotong liat.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ketupat Sotong

Dah Siap dan dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Jangan lupa masak nasi lebih ya. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.