Cara untuk membuat Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik yang sangat enak. Setiap suapan pasti puas hati!

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Nasi Daging bersama Air Asam Kerisik yang sangat enak. Setiap suapan pasti puas hati! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat.

Cikza ni suka sangat makan nasi daging. Cikza suka makan dengan kuah sup. Cikza simpan sikit air rebusan daging untuk buat sup. Cikza tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan masukkan ke dalam air rebusan daging dengan minyaknya sekali. Tabur daun sup dan bawang goreng.

Bahan-bahan untuk membuat Nasi Daging:

  • Daging secukupnya kemudian dipotong, dibasuh dan direbus.
  • 3 cawan beras Basmathi.
  • 4 1/2 cawan air rebusan daging.

Bahan untuk masak nasi:

  • Sebiji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia di mayang halus.
  • Sebiji tomato dadukan.
  • Daun pandan simpulkan.
  • 2 sudu rempah kurma danĀ 1 sudu Rempah kari daging. Bancuh kedua-kedua rempah tu jadikan pes.
  • 1/2 tin susu cair.
  • Rempah 4 sekawan.
  • 2 sudu besar Planta.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan Planta. Kemudian tumiskan 4 sekawan diikuti bawang, daun pandan, halia dan tomato. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah tadi dan kacau sehingga sebati dan sampai pecah minyak.
  3. Masukan ke dalam periuk yang berisi beras tadi. Kemudian, masukkan air rebusan daging bersama daging dan susu cair.
  4. Perasakan dengan garam dan bahan perasa lain sehingga seimbang dan puas hati. Tunggu sehingga nasi masak.

Bahan untuk membuat Air asam kerisik:

  • Segenggam cili api.
  • 2 biji cili besar merah.
  • 2 inci belacan.
  • Separuh labu bawang besar.
  • Separuh buah tomato.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Daging Masak Sambal yang pasti membuat selera anda sekeluarga puas hati!

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan diatas.
  2. Kemudian bahan kisar tadi digaul bersama tomato, Bawang besar dan Cili api yang telah di racik halus.
  3. Campurkan bersama 2 sudu kerisik dan Air asam mengikut citarasa sama ada nak cair atau pekat.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula. ok siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi daging kita tadi.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.