Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat menyelerakan anda sekeluarga.

Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat menyelerakan anda sekeluarga. Nasi goreng yang penuh dengan aroma wangi dan menyelerakan. Makan bersama telur mata kerbau dan sambal belacan.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan nasi diperoi.
  • Udang secukupnya.
  • 2 sudu besar ikan bilis digoreng.
  • 1 biji bawang merah dihiris.
  • 3 ulas bawang putih dikatok.
  • 1 batang cili hijau dihiris.
  • 1 batang serai dihiris.
  • 1 kuntum Bunga Kantan dihiris.
  • 3 helai daun limau purut dihiris.
  • Petai jika suka.
  • 2 batang kacang panjang dipotong.
  • 2 – 3 biji telur ayam.
  • Garam, Serbuk perasa secukupnya.
  • Serbuk lada putih ½ sudu kecil.
  • Sos ikan 2-3 sudu besar.
Baca juga :  Mee Goreng Basah! Sarapan paling berbaloi untuk anda cuba pagi ni.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian pecahkan telur dan masak sehingga jadi.
  2. Dengan minyak yang sama,tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
  3. Kemudian masukkan udang, serbuk lada putih dan goreng sehingga masak.
  4. Masukkan lada putih, Bunga Kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai.
  5. Masukkan Serbuk perasa, garam, nasi, ikan bilis dan telur. Gaul rata kesemuanya.
  6. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Kerabu Pucuk Paku ni memang bertambah-tambah selera kita semua. Ratah gitu pun sedap weh!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.