Resepi Air Asam Pencicah yang Sangat sedap. Apa jua hidangan pasti laku bila digandingkan bersama air asam ini. Cubalah!

Resepi air asam ni boleh buat anda ketagih ya. Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari- hari. Rasanya memang sedap sangat. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam.

Cara-cara dan bahan-bahanya:

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan

Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan:

  • 1 biji lemon. Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 3 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

  • Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air. Ikut kepekatan yang diingini.

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

Baca juga :  Cara untuk membuat menu pelengkap Selera iaitu Terung Bakar Asam Lemak. Syahdu Beb!

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

  • Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
  • Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.

Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Selamat mencuba. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi. Terima kasih ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.