Resepi Bengkang Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kali ni kami nak kongsikan resepi oleh Puan Noriza Awang Hamat untuk membuat bengkang ubi yang sangat menarik dan padu. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 cawan ubi kayu disagat.
  • 4 cawan santan.
  • 2 cawan gula pasir.
  • 2 sudu teh garam.
  • Sedikit pewarna kuning.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan dan gaul sebati semua bahan di atas. Sapukan marjerin pada loyang.
  2. Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang boleh la dibakar api atas bawah pada suhu 160 darjah. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bengkang Ubi Kayu

Bingka ni lepas masak nampak macam lembik. Tapi jangan risau. Dah masak elok luar dalam. Tunggu sejuk je baru boleh dipotong. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.