Cara untuk membuat Mee Bandung yang sangat padu dengan kuahnya yang mantap!

Mi Bandung ni jangan tanya dari negeri mana. Saya main masak je ikut kata hati saya. Hasilnya kebabom. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan MARIANA ZAINAL. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Mi secukupnya. Basuh mi dan celur kemudian toskan.
  • Sedikit isi ayam atau daging.
  • Udang segar secukupnya.
  • Tauhu. Potong dan goreng sekejap jangan sampai garing.
  • 1 batang carrot.
  • Putik jagung.
  • Sedikit sawi.
  • 1 biji tomato belah 4.
  • 4 biji telur.
  • 1/2 cawan sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 1/2 sdb tepung jagung(bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air).
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 1 sudu besar garam,
  • Sedikit bahan perasa jika perlu.
  • Air untuk kuah secukupnyasy guna 1.5 liter air.
  • 3 senduk minyak untuk menumis.

Bahan-bahan hiasan:

Daun sup, Bawang goreng dan Cili padi.

Bahan-bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering.
  • 1 1/2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 sudu besar udang geragau kering.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja!

Cara-Caranya:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga betul-betul naik minyak dan bahan kisar agak garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap kemudian masukkan ayam. Bila ayam hampir empuk masukkan air. Bila dah mendidih masukkan carrot dan tomato.
  3. Bila da agak empuk, pecahkan telur dan jangan kacau. Biar telur masak elok.
  4. Apabila telur dah masak elok. Masukkan sawi, udang dan tauhu. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Biarkan ianya mendidih seketika dan sesuaikan rasa. Renehkan sehingga anda puas hati rasaya dan siap.

Jika nak kuah merah gelap, renjiskan sikit jer kicap manis. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.