Cara untuk membuat Muruku Mee Goreng. Snek minum malam yang mudah untuk disediakan.

Petang tadi, saya termenung lama, berfikir nak buat apa menu makan malam ni. Teringat cerita adik, muruku mee dia buat untuk jadikan jajan anak dia. Nampak sepeket mee kuning, boleh la cuba. Ini resepi saya lah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norazlinun Muhamad. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 peket mee kuning.
  • 3 sudu besar tepung bestari.
  • 1 tangkai daun kari.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh mee dan toskan airnya.
  2. Kemudian, masukkan mee dalam besen kecil, gaul dengan tepung bestari bersama daun kari.
  3. Gorengkan mee yang telah disadur dengan tepung tadi sampai agak – agak kuning. Jangan sampai garing nanti keras.  Angkat dan toskan minyak jika ada.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Goreng Basah Seafood bersama Tauhu Hancur. Padu sangat ni tau! Mesti cuba.

Anak – anak cakap sedap. Makan sambil bertanding sapa paling kuat bunyi rangup dia. Alhamdulillah selesai menu makan malam kami 5 beranak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.