Resepi untuk membuat Laksa Siam lengkap dengan kuahnya yang sedap masam-masam pedas manis!

Saya pernah share resepi LAKSA SIAM tapi yang tu versi tumis. Kali ni ni saya buat versi senang tak tumis bagai. Yang penting senang dan rasanya tetap sedap masam-masam manis pedas secukup rasa. Jom tengok resepi LAKSA SIAM yang telah disediakan oleh Puan Rozmaliza Omar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1-2 kg laksa halus.
  • 1 kg ikan selayang direbus dan diblend.
  • 5-6 ulas bawang merah**.
  • 4 ulas bawang putih**.
  • 10 biji cili padi merah/ hijau.
  • 4 biji lada kering**.
  • 2 cawan santan pekat + sedikit air utk kuah.
  • 1 inci Lengkuas**.
  • 1 inci kunyit hidup** (saya letak serbuk kunyit).
  • 1 inci halia**.
  • 2 batang serai**.
  • sedikit belacan**.
  • 2-3 helai daun limau purut.
  • 2-3 helai daun selasih.
  • Asam keping.
  • Garam/ gula dan perasa.
  • Buah terung hijau/ terung pipit.
  • 2 tangkai daun selasih.
  • ⅓ ekor ayam sipotong kecil² (optional).
Baca juga :  Cara membuat Laksa Johor yang tengah viral ni. Laksa yang lain daripada lain. Cubalah!

Bahan-bahan Ulaman:

Timun batang, Daun selasih, Ulam raja dan Bayam brazil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahan-bahan bertanda ** diblend lumat. Masak santan sampai naik wap dan masukkan bahan blend dan juga ikan yang dimesin lumat.
  2. Masukkan ayam, masak sampai ayam empuk. Masuk asam keping. Kuah hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Masukkan terung kalau guna terung ulam mesti belah dua kalau terung pipit letak sebiji-sebiji, daun limu purut dan setangkai daun selasih.
  4. Masukkan garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah mendidih dan secukup rasa masam-masam manis pedas. Siap utk di hidang.
Baca juga :  Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam yang sangat sedap. Tak rugi punya.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.