Cara untuk membuat Mee Goreng Mamak. Padu dan pasti laku keras.

Cara untuk membuat Mee Goreng Mamak. Padu dan pasti laku keras. Caranya sangat simple dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah je.

Terima kasih kepada Puan Aisha Ridwan untuk resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram mee kuning.
  • 1/6 labu kubis.
  • 3 batang fish cake.
  • 10 ekor udang.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar ibu sambal / cili kisar.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 5 – 6 sudu besar kicap pekat manis.
  • 2 biji telur.
  • 3 sudu besar minyak masak.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Apam Tembilai. Meriah dan kesukaan anak anda!

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Rendamkan sekejap mee kuning dengan air panas kemudian bilaskan. Siang dan kupas udang. Potongkan fishcake, potong kobis kecil-kecil dan ketuk bawang putih.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, fishcake & udang. Goreng sekejap sampai masak. (Jika suka boleh juga masukkan cucur udang dan tauhu goreng).
  • Masukkan ibu sambal/cili kisar, sos cili, sos tiram & kicap. Gaul sebati.
  • Masukkan mee dan kobis dan gaul sehingga sebati. Kemudia pecahkan telur, kocok dan tuang atas mee. Gaul sehingga telur agak kering dan sebati.
Baca juga :  Resepi Wanpaku Sandwich Viral Senang & Healthy. Yang pasti memang sedap sehingga ke gigitan yang terakhir.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Kalau ada cili potong atau cili jeruk boleh makan besama. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.