Cara untuk membuat Hati Lembu masak lauk pengantin. Hidangan popular dulu-dulu ni!

20 tahun lamanya tak makan lauk begini, Dulu rajin ikut nenek mrewang masak lauk pengantin di kampung. Silakan share saya halalkan . Saya pun copy resepi cuma ada derhaka sikit resepi dari nenek saya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Ayu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram hati lembu

Basuh 3 atau 4 kali, selawat dan masuk tepung biarkan sekejap kemudian basuh balik insyaallah tak ada bau.

  • 3 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia dikisar bersama.
  • Rempah 4 sekawan secukupnya.
  • 1 sudu cili kisar (optional).
  • 1 sudu serbuk lada hitam.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 1 sudu kicap manis.
  • 1 sudu garam masala (optional).
  • Garam/serbuk perasa.
  • Sedikit air.
  • Sayur Kacang buncis (optional).
Baca juga :  Resepi Beef Teppanyaki lengkap dengan rasa Ajinamoto

Bahan-bahan hiasan:

  • Cili merah & daun bawang.
  • Bawang besar yang telah dipotong bulat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Garam dan kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh.
  2. Panaskn minyak dan gorengkan hati lembu sekejap, angkat dan toskan.
  3. Tumiskan bahan blend bersama 4 sekawan. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sekejap sampai pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam masala dan masak seketika. Kemudian, masukkan air dan hati lembu. Masakkan lagi sekejap.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang buncis dengan bawang potong bulat. Tunggu sehingga masak dan angkat. Taburkan bahan hiasan diatasnya. Dah siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Beef Steak tersedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.