Cara untuk membuat Roti Krim yang sangat mudah dan sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang anda.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Roti Krim yang sangat mudah dan sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang anda. Kenangan Manis Zaman Kanak-kanak Riang.

Dulu setiap pagi atau petang wajib main dengan kawan-kawan sekampung. Kalau bengali roti naik motor lalu keliling kampung WAJIB la beli roti krim nie. Sejak PKP ni rindu sangat kat kampung jadi kita buat je la Roti Krim ni sendiri. Mudah! Murah! Sedap! Sedap dimakan dengan Kopi O Panas Che Nah. Resepi ni telah dikongsikan oleh Puan Rantaro Irna. Terima kasih.

Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur / Kuih Peneram. Resepi pasti jadi. Rangup dan padu beb!

Bahan-bahan yang diperkukan:

  • 2 cawan majerin pelangi.
  • 1 1/2 cawan gula kastor.
  • Roti Kosong Vanilla (beli kt kedai ECO je RM2.10).
  • 3 sudu besar milo ditambah 3 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara membuatnya:

  1. Putar majerin & gula sampai kembang dan sehingga adunan menjadi putih.
  2. Bahagikan kepada dua adunan. Satu bahagian masukan milo ditambahkan dengan coklat dan putar sekejap.
  3. Belah dua roti & masukan filling guna piping. Kalau takde pakai je plastik bersih.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama Kopi o panas!

Serius sedap sangat-sangat bila dimakan dengan KOPI O PANAS! Kalau krim yang kosong guna 3 bahan je boleh disimpan diluar berhari-hari. Kalau u all add on essen vanila/milo/serbuk koko jangan biar diluar lama-lama ye. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Tomyam yang sangat padu. Rasa yang sangat mengujakan anda nanti. Cubalah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.