Cara untuk membuat Asam Pedas Padu Ikan Pari. Rasa sekali pasti tak cukup nanti!

Kami kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Asam Pedas Padu Ikan Pari. Rasa sekali pasti tak cukup nanti! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan pari. Terpulang nak banyak mana.
  • Kacang bendi mengikut kesukaan anda banyak mana.
  • 2 biji tomato dibelah 2 atau 4.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 1/2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • Halia sebesar ibu jari.
  • Belacan sebesar ibu jari.
  • 25 tangkai cili kering.
  • 2 1/2 senduk minyak.

Semua bahan diatas ini dikisar bersama sehingga hancur.

  • 3 batang serai di ketuk.
  • Sedikit daun kesum.
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah 2.
  • 1 cawan air asam jawa.
  • 1 sudu besar garam.
  • Sedikit serbuk perasa.
  • Air secukupnya mengikut kepekatan yang dihendaki.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Lala masak Asam Pedas. Padu dan terbaik.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan kisar dan serai yang dah diketuk dalam kuali.
  2. Masukkan garam dan serbuk perasa dan tumis hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
  3. Masukkan air asam dan bunga kantan dan biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Masukkan sedikit air dan bila dah mendidih masukkan ikan pari dan daun kesom. Renehkan sehingga mendidih kembali.
  5. Bila dah mendidih masukkan tomato dan bendi. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa mengikut selera anda dan bila dah puas hati boleh tutup api.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bawal masak sambal yang padu dan enak. Mudah disediakan sempena Ramadhan kali ini.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Silakan share ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.