Ketiaw goreng versi pasar malam. Sarapan kita pagi ini. Cara dan bahan-bahan ada dibawah. Selamat mencuba. Insha Allah mudah dan cepat untuk disediakan dalam 10 minit je. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ameera.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Separuh bawang besar dicincang.
- 2 Ulas bawang putih dicincang.
- 2 sudu makan cili kering kisar.
- 2 biji telur ayam.
- Udang atau ayam secukupnya.
- Fishball atau fishcake mengikut kesukaan anda.
- 1 bungkus kueyteow.
- 5 sudu makan kicap manis cap kipas udang.
- 2 sudu makan sos tiram.
- 1 sudu kecil kicap pekat.
- Taugeh dah daun kucai secukupnya.
- Cili padi jika suka.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bawang besar separuh dicincang dan tumiskan la bersama Bawang putih 2 ulas yang juga dicincang juga. Kemudian, tumiskan Cili kering kisar 2 sudu makan. Sukatan ni anak anak boleh makan sama.
- Selepas tu, masukkan 2 biji telur ayam. Sukatan telur ini untuk 1 bungkus ketiaw. Gaul rata.
- Masukkan udang. Ikut korang la nak letak sotong ke daging ke. Masukkan ayam. Bagi yang suka nak masukkan fishcake ke fishball ke pun boleh juga.
- Masukkan kicap kipas udang manis. Angaran dalam 5 sudu makan. Kemudian, Sos tiram 2 sudu makan. Kacau rata tau. Masukkan pula Kicap pekat 1 sudu kecil. Jangan banyak.
- Ketiaw ni kita basuh bersih dulu ye, bagi minyak minyak dia berlalu pergi dan gaul lah hingga sebati.
- Masukkan kucai. Ha gaul lagi. Nak pedas letak cili padi ye. Akhir sekali masukkan taugeh! Kegemaran ni. Jangan lama sangat masak, nanti hilang rangup dia.
- Siap dah weh. Ajom la kita makan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.