Cara untuk membuat Puding Jagung gedik-gedik yang sejuk dan nyaman.

Ramai kan peminat puding jagung. Meh nak share resepinya. Korang boleh try buat. Memang gedik-gedik manja kuih ni tau. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurhafizah Izab. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin jagung hancur.
  • 1 tin jagung tak hancur (ala yang sebutir-sebutir tu).
  • 2 cawan tepung kastard.
  • 2 cawan gula. Boleh je kurangkan 1 ½ cawan kalau tak nak manis.
  • ½ tin susu pekat. Boleh kurangkan jugak kalau tak nak manis tapi wajib letak.
  • 8 ½ cawan santan cair. Jika guna santan kotak, bancuh 1 kotak santan dengan 8 cawan air.
  • Setitik pewarna oren.
  • Secubit garam.
Baca juga :  Anda Pasti Rindu dengan makanan ini? Sos Sengkuang Calit ni pastinya menggamit memori zaman kecil anda!

Cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh semua bahan diatas sampai sebati. Bila dah sebati baru letak di atas dapur.
  2. Gunakan api kecil je dan kacaulah sampai lenguh tangan tu.
  3. Apabila adunan dan menjadi pekat dan likat boleh tutup api dan terus masukkan adunan tadi ke dalam acuan.
  4. Sejukkan dan bila dah sejuk boleh potong dan makan.

Sedap tau. Setiap suapan terasa jagungnya. Adunan ni dapat lah 2 bekas. 1 untuk rumah, 1 bagi orang lain merasa. Selamat mencuba resepi ni.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Chiffon Krim Jagung Manis. Gebu, mudah dibuat dan sangat sedap tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.