Resepi dan Cara Membuat Mee Wantan Kicap Yang Sedap

Mee Wantan Kicap. Ternyata memang sedap. Jom buat. Selamat mencuba.

Ini Mee Wantan. Didihkan air dengan minyak & sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan mee wantan 1 per 1 dan tapiskan.

Dalam pinggan lain gaulkan dengan kicap pekat 1 sudu besar, kicap cair 1 1/2 sudu besar, kicap manis 2 sudu besar & minyak bijan 1 sudu besar.

Untuk Sup wantan pula. Masukkan air & bahan-bahan ni dan perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk maggi secukup rasa & minyak bawang putih.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Mee Champa. Terbaik, terpadu dan tersedap untuk selera anda.

Cili padi potong bersama kicap cair.

1 labu bawang putih (potong halus-halus). 1 cawan minyak masak. Goreng sampai garing untuk di jadikan minyak bawang putih.

Hiaskan dgn sayur & bahan-bahan yang ada. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.