Cara untuk membuat Ketam Masak Sambal Telur Hancur. Makan dengan Roti pun sedap tau!

Bila dah dapat isi ketam yang padat, memang sedap dibuat masak lemak atau masak kari. Kali nih sebab isinya pada kita buat Ketam Masak Sambal Telur Hancur.

Memang sedap bila dimakan nasi panas-panas letak kicap. Nak makan bersama roti pun boleh tahan sedapnya. Manis ketam turun pada telur yang dipecah. Tak percaya? Kena cuba masak dahulu baru tahu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 kilo ketam dicuci bersih.
  • 10 ulas bawang putih dicincang.
  • 1 Biji bawang besar dipotong dadu.
  • 2 cm halia dicincang.
  • 7-9 sudu besar cili kisar.
  • 2 helai daun limau purut.
  • 1 batang serai dikatok.
  • 1 Biji tomato dipotong dadu.
  • 4 butir telur ayam.
  • Sos cili 2 sudu besar.
  • Sos tomato 2 sudu besar, Sos ikan 1 sudu besar dan Sos tiram 2 besar.
  • 1 kiub ayam.
  • 1 sudu kecil serbuk belacan.
  • Daun bawang.
  • Garam 1 sudu kecil dan Gula 2 sudu besar.
  • Minyak masak secukupnya.
  • 1 cawan air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Sup Chinese Style. Pasti memikat selera anda sekeluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai supaya aromanya naik dahulu. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan dan masukkan bawang. Masak seketika.
  2. Masukkan cili kisar, daun limau purut. Tumiskan sehingga pecah minyak. Apabila sudah pecah minyak baru masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato. Biarkan ianyanya masak seketika.
  3. Kemudian, masukkan Sos ikan, Sos tomato, Sos cili, Sos tiram dan gaul sehingga rata kesemuanya.
  4. Masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketamnya masak dengan sempurna. Pastikan guna api sederhana. Jika kuahnya keringm jangan tambah air ye sebab ketam tu nanti akan keluarkan airnya sendiri.
  5. Apabila sudah masak, masukkan telur dan pecahkan di dalam kuali dan gaul rata sehingga telur masak. Bila dah puas hati semua rasa seimbang dan sedap, boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara paling ringkas untuk membuat Lempeng Kelapa yang sangat sedap. Cicah gula pun puas hati.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.