Resepi Ketam Masak Lemak bersama Nanas. Pasti terangkat rasanya beb! Cubalah.

Dah bosan dan tak tau nak masak makanan apa? Jom kita ke makanan kampung pulak. Resepi ni simple tapi sangat sedap. Tapi, kena pastikan korang tahu nak siang ketam. Boleh check out kat youtube. Jom kita check bahan-bahannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 8 ekor ketam.
  • 1 batang serai danĀ 2 inci halia.
  • 3-4 ketul kunyit.
  • 4-5 biji bawang merah.
  • 1 helai daun kunyit dan 1 biji nenas kecil.
  • 1 kotak santan.
  • Cili padi ikut tahap kepedasan.
Baca juga :  Ada peminat Lontong Kuah Lemak tak? Resepi lengkap ini untuk ada.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.
  2. Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sikit santan dulu.
  4. Biarkan mendidih. Agak-agak 10-15 minit camtu. Rasakan garam, gula dan perasa.
  5. Then matikan api. Masukkan baki santan. Siap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.