Cara untuk membuat Ketam Masak Sambal ala-ala Fatty Crab. Terbaik dari dapur untuk anda semua!

Cara untuk membuat Ketam Masak Sambal ala-ala Fatty Crab. Terbaik dari dapur untuk anda semua! Sedap tau makan dengan nasi ataupun makan dengan mantao. Terima kasih kepada Salina Abdullah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ketam nipah atau ketam yang anda suka (rebus dengan garam & ambil air rebusanya).
  • 10 ulas bawang putih.
  • 10 biji cili merah – buang biji.
  • 5 biji cilipadi.
  • Daun ketumbar.
  • Plum sos satu botol (kt eco ada).
  • Sos tiram.
  • Sos cili.
  • Mushroom seasoning/serbuk perasa (garam dan gula).
  • Sos ikan.
  • 2 sudu gula perang.
  • 1 susu tepung jagung.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potongkan bawang putih, cili merah & cili padi kemudian tumiskan dalam kuali. Bila dah naik minyak masukkan sos plum, sos tiram, sos cili dan gula perang.
  2. Kacau lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan perasa & masukkan air rebusan ketam. Letak lebih pun tak apa.
  3. Masukkan pula sos ikan dan seimbangkan rasanya. Bila dah pekat sikit kuahnya baru masukkan air tepung jagung. Jangan pekat sangat ya asal sedap mengikut selera anda.
  4. Akhir sekali baru masukkan daun ketumbar. Bila semua rasa dah seimbang ada rasa masam manis masin ok la tu. Dah masak dan dah boleh tutup api.
Baca juga :  Cara untuk membuat Creamy Crab Ball. Pasti tak cukup sebiji kerana kesedapanya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.