Cara untuk membuat Kepak Ayam Madu Padu yang menggiurkan. Baunya boleh buat harum satu rumah.

 

Cara untuk membuat Honey Chicken Wings yang sangat padu dan menggiurkan. Baunya boleh buat harum satu rumah. Resepi campak-campak tapi rasanya boleh buat anda terangkat gitu. Terima kasih kepada Puan Aliah Yahaya Alia. Campak-campak pun sedap. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kepak ayam secukupnya dan dibersihkan.
  • Bawang putih & halia ditumbuk pakai lesung hingga puas hati.
  • Brown sugar secukupnya.
  • Sos tiram secukupnya.
  • Sedikit kicap manis.
  • Serbuk cili untuk bagi naik warna dan suka pedas.
  • Madu secukupnya.
  • Sedikit Garam.
Baca juga :  Resepi Mee Goreng Ketagih

Sukatan bagi bahan diatas semua ikut kehendak dan citarasa anda ya. Jangan risau hasil dia memang padu.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan  kesemua bahan diatas. Gaul-gaulkan hingga semua sebati.
  2. Kemudian, perapkan chicken wings tadi lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi sedap tau.
  3. Bila dah perap boleh bakar ikut la oven atau Air Fryer. Saya guna Air Fryer je. Mudah dan senang. Bakar pada Suhu 170 darjah selama 15 minit bagi bakar yang pertama.
  4. Kemudian, tambah masa & suhu kepada 180 darjah selama 5 hingga 6 minit bagi bakar yang kedua. Ikut masing-masing punya AF ye. Dah siap.
Baca juga :  Resepi Putu Mayam Simple Menggunakan Bihun Sahaja

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.