Cara untuk membuat Ayam Masak Briyani paling mudah dan sedap! Dijamin lembut dan puas hati.

Kali ni zie share Ayam Masak Briyani cara paling mudah dan sedap. Suka reneh ayam lama biar isi ayam lembut bila makan terus terlerai dimulut. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong dan cuci bersih.

Bahan kisar:

  • 7-8 biji bawang merah.
  • 3 biji bawang besar.
  • 4 biji bawang putih.
  • 4 inci halia
  • Kisar asing: 15 tangkai cili kering yg telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh).

Bahan rempah:

  • 2 batang serai diketuk.
  • 1 helai daun pandan simpulkan.
  • 2 helai daun bay.
  • 2 sudu besar penuh rempah briyani.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar serbu kari ikan.
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam.
  • 1 sudu besar serbuk lada putih.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 5 sudu besar sos cili saji.
  • 4 biji buah tomato dipotong dadu.
  • ½ tin susu krimer sejat Saji.
  • Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa.
  • Air mengikut pekat atau cair kuah yg disukai.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Merah Kurma yang sangat padu!

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau utk elak dari hangus.
  2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yg disukai. Perisakan dgn garam gula reneh hingga ayam masak.

Dah siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.