Anda Pasti Rindu dengan makanan ini? Sos Sengkuang Calit ni pastinya menggamit memori zaman kecil anda!

Resepi lengkap untuk membuat Sos Sengkuang Calit. Setiap gigitan pasti akan memberikan anda nikmat kesedapan tak terhingga. Terima kasih kepada Puan Sharla Rose kerana berkongsi cara hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 sudu besar sos cili.
  • 1/2 cawan kicap manis.
  • 6 sudu besar sos tomato.
  • 5 sudu besar cili kering kisar.
  • 3 sudu besar otak udang.
  • 1/2 inci belacan bakar.
  • Sedikit air asam jawa.
  • 2 sudu tepung ubi (bancuh dengan sedikit air).
  • 4 – 5 sudu besar gula melaka (ikut citarasa, nak manis boleh tambah lagi).
  • 3 sudu besar gula putih (ikut citarasa, nak manis boleh tambah gula lagi).
  • 1 cawan bijan (goreng sampai garing keemasan).
  • 3 cawan kacang (di goreng dan dikisar).
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Rose. Lauk ni memang popular sangat time raya. Memang lejen!

Cara-cara membuatnya:

  1. Kacau semua bahan hingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
  2. Masukkan bijan yang sudah digoreng. Biarkan mendidih dengan menggunakan api kecil.
  3. Sejukkan dan boleh simpan di dalam peti sejuk.
  4. Potong sengkuang, sapu kuah petis ke atas buah dan taburkan kacang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.