Minum petang apa tu? Jom kita cuba resepi karipap sedap bersama intinya yang enak ini!

Cara untuk membuat Karipap yang rangup bersama inti kentang yang lazat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 cawan membukit tepung gandum cap kunci.
  • 3 sudu besar membukit tepung beras.
  • 5 sudu besar marjerin.
  • 4 sudu besar minyak masak.
  • 1 1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk (jika kurang boleh tambah).
  • 1 sudu teh gula.

Cara untuk membuat Kulit Karipap:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan gula dalam besen.
  2. Satukan marjerin dan minyak masak. Panaskan hingga berbuih-buih dan tuang ke dalam besen yang berisi tepung. Gaul perlahan-lahan hingga jadi macam serbuk.
  3. Masukkan air dan uli tepung hingga lembut. Bila tepung dah lembut. Bulat-bulatkan jadi bebola yang agak kecil. Kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit hingga 15 minit.
  4. Bolehlah buat karipap seperti biasa. Jika ada mesin mee lagi cepat. Karipap yang dah siap letak inti bolehlah dibakar selama 10 minit suhu 160 darjah hingga 170 darjah. Jika nak frozenkan, biarkan sejuk dan frozenkan seperti biasa.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Char Kuey Teow yang sedap dah terbaik.

Bahan-bahan untuk Inti karipap:

  • 8 hingga 10 biji kentang dipotong dadu.
  • Isi ayam. Jangan potong kecil sangat nanti tak terasa ayamnya.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 3 ulas bawang putih dihiris.
  • Daun sup secukupnya dihiris.
  • 1-2 sudu besar gula.
  • 1 sudu teh garam.
  • Sedikit bahan perasa.
  • 2 peket kecil serbuk kari daging dibancuh dengan sedikit air.
  • 3 cawan air.
  • 2 senduk minyak untuk menumis.

Cara-cara untuk membuat inti karipap:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan serbuk kari, gula, garam dan bahan perasa. Masak hingga betul-betul naik minyak dan garing.
  3. Masukkan kentang dan air. Apabila kentang dah mula lembut, masukkan isi ayam. Kacau hingga kentang lembut dan kering. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  4. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup. Tutup api dan biarkan sejuk. Siap untuk diisi kedalam kulit karipap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tomyam Santan Lemak Berkrim yang terlalu sedap. Anda pasti akan mempercayainya selepas mencuba.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.