Resepi Serunding Ikan yang sedap. Boleh buat inti Karipap mini dengan inti ini.

Resepi Serunding Ikan. Boleh buat inti karipap atau popia. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaky Mat Ali. Yang ni untuk sekilo ikan. Biasa saya buat untuk 5 kilo. Kena gandakan 5 bahan lain.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1 kilo ikan selayang.
  • 2 asam keping.
  • 2 cawan santan.
  • ½ cawan minyak.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan Kisar:

  • 7 batang serai.
  • 2 inci halia.
  • 20 tangkai cili kering.
  • 20 biji bawang merah.
  • 10 biji @ 1 labu bawang putih.

Cara-cara untuk membuatnyat:

  1. Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam. Rebus hingga empuk supaya mudah isi ikan tertanggal.
  2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.
  3. Sediakan kuali dan masukkan minyak. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar.
  4. Setelah itu, masukkan isi ikan tadi dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Serunding Halia Ikan Bilis.

Dah siap. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.