Hujung minggu pun tuan suami kerja tak pergi ke mana, itu yang cheyah tetiba rajin je. Lagipun nak makan tekak sendiri prefer masak je baru puas hati.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.
LAKSAM (8 batang)
- 3 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1 liter air suam.
- Secubit garam.
- Sedikit minyak untuk sapu pada loyang/tudung puyuk.
Cara membuatnya:
- Semua bahan di satukan. Kacau sehingga ia betul-betul sebati dan tak berketul. Nak tapis lagi elok sebab takut tertinggal ketulan yang tak nampak.
- Panaskan pengukus, dan letak loyang. Sapu minyak masak baru masukkan dua senduk adunan tadi. Kukus dalam 3 minit ataupun nampak adunan gelembung.
- Angkat dan dirikan sekejap dalam seminit. Boleh gulung seperti dalam gambar di bawah.
KUAH LEMAK LAKSAM
- 10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja).
- 1 kotak santan adabi.
- 3 cawan air putih.
- 5 ulas bawang merah.
- 2 keping asam keping.
- 1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je).
- 2 sudu kecil garam.
- 2 sudu makan gula.
Baca juga : Resepi untuk membuat Kurma Ayam yang Sedap dan Pekat. Setiap hirupan pasti mengasyikkan!
Cara membuatnya:
- Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur.
- Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
- Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
SAMBAL JANTAN
- 12-15 biji cili padi.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil gula.
- 2 sudu makan cuka.
Cara membuatnya:
Tumbukkan cili bersama gula dan garam. Bila dah hancur dan nampak sedikit lumat. Masukkan cuka. Dah siap!
ULAM-ULAMAN
Cheyah guna kubis, kacang panjang, timun batang dan taugeh je. Nak tambah bunga kantan, daun kesum, dqun serai kayu dan apa-apa yang korang suka pun boleh takde masalah.
Simple je sebenarnya. Buat pun jika ikut step tak sampai dua jam pun. Lama kepada kukus tu je. Yang lain 20 minit dah settle.
Selamat mencuba!