Resepi dan cara membuat Karipap Pusing yang rangup dan gebu!

Resepi dan cara membuat Karipap Pusing yang rangup dan gebu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali.

Doh A (Minyak):

  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar shortening.
  • 2 sudu besar marjerin/butter.
  • 1 sudu besar minyak masak.

Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit.

Doh B (tepung):

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan.
  • 1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais.
  • 1 sudu kecil garam.
  • dan sedikit gula.
Baca juga :  Resepi Kek Gula Hangus

Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga. Bulat Bulatkan doh.
  2. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
  3. Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi.
  5. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
  6. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
  7. Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Taruk inti dan kelim tepi karipap.
Baca juga :  Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat.

Dah siap dan boleh goreng sehingga masak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.