Resepi Kerabu Suhun penambah selera makan anda sekeluarga. Menu wajib cuba!

Kerabu Suhu ni memang sedap pedas masam-masam manis buat tambah selera makan. Share awal senang kalau ada yang teringin nak buat boleh cari bahan-bahan dia nanti. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket suhun direndam air panas.
  • 6 – 7 ekor udang segar.
  • 6 batang crabstick.
  • 5 biji cili padi merah/hijau*.
  • Sedikit gula.
  • Sedikit sos ikan.
  • 2 labu bawang putih jeruk.
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 ikat daun ketumbar.
  • 1 labu bawang besar Holland.
  • 2 biji buah tomato.
  • 1 batang serai.
  • 1 sudu teh cili flakes.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal / Kerabu Kacang Panjang Chiang Mai. Selera anda pasti bertambah dengan adanya menu ini!

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus udang dan crabstick hingga masak dan potong crab stick kepada tiga.
  2. Bawang besar, tomato, cili padi merah/hijau, daun ketumbar, bawang jeruk dan serai dihiris nipis-nipis.
  3. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, jus limau, ajinomoto, gula dan air bawang jeruk.
  4. Taburkan daun ketumbar yang dipotong kasar-kasar dan juga chilie flakes.
  5. Gaul semua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan rasakan masam-masam pedas manis kerabu suhun ni.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.