Cara untuk membuat Tosei sebagai menu sarapan pagi anda yang mudah dan sedap.

Bila tinggal jauh dari Mak, Abam akan masak apa yang Mak selalu masak.  Selamat mencuba semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Mimpi Hans. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan beras*.
  • 1 cawan kacang dhal hitam*.
  • 1/3 cawan nasi sejuk.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1/2 cawan air.
  • Asam Jawa (Ejen Penaik).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahan-bahan yang bertanda (*) perlu direndam lebih kurang 4 jam. Bila dah siap rendam, basuh bersih dan kisarkan bersama nasi sejuk dan air.
  2. Kisarkan sampai adunan menjadi halus dan licin. Jangan cair sangat. Biar lebih pekat dari adunan apam biasa. Tuang kedalam bekas dan letak garam secukup rasa. Kacau sampai sebati.
  3. Kemudian, ambil asam jawa sebesar ibu jari, bulatkan sampai jadi macam bola. Masukkan dalam adunan di bahagian tepi mangkuk. Tanda bahagian asam jawa sebab nanti nak keluarkan semula. Peram adunan selama 6 hingga 8 jam. Seeloknya biar dari malam ke pagi.
  4. Bila adunan dah naik, keluarkan asam jawa dan buang. Kacau adunan dan dah boleh buat Tosei atau kukus sebagai Idli.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Gulai Kerutuk Daging
Adunan tosei yang dikukus menjadi idli.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.