Resepi Pecal Ikan Kembung yang sangat enak dan padu untuk anda cuba sebagai juadah berbuka.

Menu ni simple je tapi setiap kali masak menu ni memang suami dan anak-anak bertambah nasi la. Licin semangkuk tau. Hahaha Ok, jom kita masak sama-sama ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan kembung.
  • 2 cawan santan pekat.
  • 10 biji cili padi (ditumbuk).
  • 2 biji cili merah besar (ditumbuk).
  • 4 atau 5 ulas bawang merah (ditumbuk).
  • 2 cm belacan (ditumbuk).
  • 2 biji limau kasturi (diperah ambil jusnya).
  • 1 biji limau nipis (diperah ambil jusnya).
  • Garam dan gula secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Menu pasti tambah nasi ni tau!

Cara-cara untuk memasak:

  1. Ikan kembung dicuci bersih dan dilumur dengan sedikit garam.
  2. Panggang ikan dalam pemanggang ajaib atau boleh juga dibakar macam biasa.
  3. Panaskan santan di dalam periuk. Masak santan sehingga ada bubble kecil kemudian tutup api. Jangan panaskan santan terlalu lama nanti santan akan pecah minyak.
  4. Masukkan bahan bahan yang ditumbuk ke dalam santan. Kacau sebati.
  5. Masukkan perahan jus limau, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan ikan yang dipanggang tadi. Sebelum tu, ketuk ketuk sikit ikan supaya mudah santan tadi meresap masuk ke dalam isinya.
  7. Dah siappp. Boleh la dihidangkan bersama nasi panas panas. Sedappp gilerrr weyyhh. Sekali makan pasti nak lagi. Haaa gituuu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sardin anda lebih sedap daripada kebiasaan sehingga ke suapan yang terakhir!

Ok, selamat mencuba ye. Korang yang nak S H A R E, dipersilakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.