Cara untuk membuat Dodol Kukus Kuih Tradisional yang terbaik sepanjang zaman.

Dodol kukus ni merupakan kuih tradisional Pahang. Resepi ni telah dikongsikan semula oleh Puan Saadiah Ahmad. Terima kasih yg empunya resepi. Alhamdulillah.

Cara membuat Tahi Minyak.

Bahan A:

  • Satu cawan santan pekat untuk buat taik minyak.
  • Sedikit garam.

Cara Buat Taik Minyak:

Cara membuat taik minyak, santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B:

Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol.

Bahan C:

  • Satu cawan gula merah.
  • Setengah cawan gula pasir.
  • Satu cawan air.
Baca juga :  Cara membuat Ayam yang juicy untuk lauk Nasi Ayam

Satukan semua bahan c ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan.

Bahan D:

  • Dua cawan tepung pulut.
  • Satu sudu tepung ubi.
  • Satu setengah cawan santan lebih kurang 1.5 cawan.

Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C ketika suhunya suam-suam. Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapiskan ya.

Cara-cara untuk membuat Dodol Kukus:

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Ambil minyak dari taik minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
  4. Kukus sampai masak lebih kurang 15 hingga 20 minit.
  5. Dah siap, taburkan taik minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula.
Baca juga :  Resepi Diet Tauhu Kukus Lembut Super Sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.