Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ni pastinya memikat selera anda. Macam makan kat siam punya!

Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ni pastinya memikat selera anda. Macam makan kat siam punya! Mudah dan simple sangat serta bahan pun mudah untuk disediakan. Lain macam tau sedapnya. Selamat mencuba resepi kepunyaan Puan Liza Idris ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan Siakap yang telah dibersihkan.
  • Sedikit serbuk kunyit, tepung jagung dan garam untuk menggoreng ikan siakap.

Bahan-bahan untuk membuat kuahnya:

  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih..
  • 3 hingga 5 biji cili api.

Kisarkan 3 bahan di atas.

  • 2 sudu cili kisar.
  • 2 sudu cuka.
  • 5 sudu kicap biasa.
  • 1 sudu Maggi secukup rasa.
  • Sedikit kobis bunga dan carrot.
  • Daun sup dan daun ketumbar.
Baca juga :  Resepi Sambal Bilis Garing

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong-seraong ke belakang kemudian lumurkan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. Panaskan minyak dan gorengkan ikan tadi. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kita sampai warna kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
  3. Masukkan 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit dan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 5 sudu besar kicap.
  5. Masukkan 2 sudu besar cuka. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
  7. Masuk kobis bunga dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur menjadi lembut sedikit. Perasakan dengan serbuk Maggi secukup rasa.
  8. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Bila kuah dah siap, simbah atas ikan siakap tadi. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Goreng

Kena cuba tau resepi ni. Di jamin sedap dan pastinya laku keras. Selamat menjamu selera.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.