Cara untuk membuat bersama video Ikan Merah masak Kengsom. Padu dah terbaik untuk santapan anda.

Gara-gara jumpa resepi simple di Fb. Jadi teman try test buat la. Masha Allah Sedap sangat-sangat wey. Nyakor dinding juga. Sapa nak rasa ini le resepi dia. Cuba jangan tak cuba.

Bahan yang di kisar:

  • 9 tangkai cili kering kerinting buang biji.
  • 3 tangkai cili merah buang biji juga.
  • 15 biji cili api merah menyala.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inci halia.
  • 3 biji bawang holland.
  • 7 ulas bawang putih.
  • 3 batang serai.
  • 1 inci belacan.
  • 1/4 dari sebiji Nenas muda.
  • 3 helai daun limau purut

Bahan-bahan yang lain:

  • 1 kg ikan merah fresh.
  • Air asam jawa secukup rasa.
  • 1 biji limau nipis – ambil jus.
  • 3/4 dari sebiji Nanas muda.
  • Kangkung secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Ayam yang mudah dan sedap

Cara untuk memasaknya:

  1. Bahan-bahan yang telah di kisar tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan air biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nanas. Tambahkan air asam jawa.
  4. Masukkan garam, gula dan penyedap rasa Jika perlu. Seterusnya masukkan ikan dan Biar hingga masak.
  5. Kalau hantu pedas bolehlah campakkan segengam cili siam hijau merah untuk hiasan dan tambah pedas. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

p/s: kalau masak dalam kuantiti yang banyak, kangkung bolehlah letak yang perlu untuk sekali makan. Sebab bila lama-lama kangkung dalam kuah dia akan terlebih layu kurang segar untuk di makan.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Tomyam Terpadu. Ikan Siakap pun sekarang dan murah. Cubalah!

Sekian. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fastabiqul Khoirot. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.