Cara untuk membuat Biskut Almond London. Persiapan Kuih Hari Raya anda pasti mudah dengan resepi ini.

Pemunya resepi ini tak peduli nak post juga resepi Biskut Almond London yang dibuatnya walaupun raya lambat lagi. Resepi ni memang sedap tau guna 3 campuran tepung dan hasilnya biskut akan menjadi lebih rangup.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nuriza E’za April. Terima kasih ya.

Bahan-bahan yan diperlukan adalah seperti berikut:

  • 250 gram butter.
  • 125 gram gula kastor.
  • 1 biji telur ayam.
  • 50 gram serbuk badam.
  • 200 gram tepung jagung*.
  • 300 gram tepung gandum*.
  • 2 sudu besar tepung beras*.
  • 1 sudu kecil baking powder*.
Baca juga :  Resepi Kuih Dulu-dulu iaitu Kuih Bom

bahan bertanda* perlu diayak terlebih dahulu ya.

Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Campurkan butter, gula dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur ayam tadi dan esen vanila, Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan pula serbuk badam dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan kedua-dua tepung dan gaul sebati.
  5. Sediakan badam dan badam cincang secukupnya dan dibakar sekejap. Badam cincang akan digunakan sebagai hiasan ya.
  6. Dark Chocolate dicairkan kemudian ditambah bersama  1 sudu besar butter atau shortening cream.
  7. Ambil adunan sedikit dan leperkan kemudian letakkan badam. Bentukkan seperti didalam gambar ya.
  8. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah. Apabila dan masak dan sejuk, celupkan pada coklat cair tadi dan tabur badam cincang. 1 adunan ni boleh dapat dalam 150 biji lebih kurang.
Baca juga :  Cara membuat Pau Goreng / Paung Goreng Terengganu berintikan isi ikan yang sedap!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.