Cara untuk membuat Kuih Nona Manis versi Durian. Lembut dan rasa lemak-lemak masin manis!

Kuih nona manis versi durian. Rasanya sangat sedap, lembut, rasa lemak-lemak masin manis. Kenalah dengan citarasa kita orang melayu. Alhamdulillah, pada penggemar durian jom kita cuba resepi oleh Puan Zura Zul ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan santan.
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit esen vanilla – jika suka.

Masuk bahan diatas dalam bekas dan kacau guna whisk bagi rata/sebati.

Bahan-bahan B:

  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula.
  • 1 cawan santan.
  • 1/2 cawan isi durian.
  • Sedikit pewarna kuning/lemon yellow.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan-bahan B dan kacau-kacau sampai sebati dalam periuk. Kemudian masak atas api perlahan sehingga pekat. Ketepikan biar adunan menjadi suam.
  2. Bila dah suam, campurkan bahan A tadi ke dalam periuk bahan B. Kacau bagi sebati kemudian tapiskan dalam jug kecil.
Baca juga :  Tips dan Petua bagi mereka yang ingin membuat Biskut. Ilmu yang pasti berguna untuk anda semua.

Bahan-bahan C:

  • 1 kotak santan (kara) 200ml.
  • 1 cawan air.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • Sedikit gula dan garam.

Cara-cara untuk membuat keseluruhan kuih nona manis durian:

  1. Campurkan semua bahan diatas & kacau sebati sehingga tidak ada ketul-ketul tepung. Adunan ni mesti rasa sedikit masin. Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan menjadi putih dan nampak sedikit likat/pekat barulah kita tutup api.
  2. Tuangkan adunan tadi terus dalam botol kecil. Sediakan acuan lompang saiz besar sapu sedikit minyak dalamnya. Tuang adunan 3/4 acuan.
  3. Kemudian suakan muncung botol ke dalam adunan kuning. Paipkan adunan ditengah-tengah (adunan putih tu ikut nak paip besar mana) sampai nampak adunan kuning naik sedikit.
  4. Panaskan kukusan sehingga betul-betul mendidih. Kukuskan mesti selama 10 minit je dengan api sederhana besar.
  5. Bila dah siap kukus, sejukkan dulu baru keluarkan kuih nona manis durian dari acuan lompang. Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Kuih Nona Manis yang sangat padu. Setiap gigitan pasti membuat anda puas hati!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.