Creamy Fettuccine Carbonara kegemaran anak-anak untuk anda cuba!

Creamy Fettuccine Carbonara untuk rasa lebih enak dan creamy saya masukkan santan SAJI Light. Anak-anak dapat ni bertambah-tambah makannya umi senang hati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  •  1 paket Fettuccine di rebus hingga lembut bersama 3 sudu minyak masak. Rebus jangan sampai terlebih masak. Angkat dan toskan milas dibawah air mengalir.

Bahan untuk kuah carbonara:

  • 4 sudu besar butter.
  • 1 biji bawang holland kecil dipotong dadu.
  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 1 cawan kecil air rebusan pasta.
  • 4-5 keping streaky beef dihiris.
  • 1 mangkuk kecil pepperoni digoreng tanpa minyak.
  • 1 pek cendawan butang dihiris.
  • ½ kotak kecil Santan kelapa SAJI Light.
  • 1 gelas air susu kotak.
  • ½ cawan Parmesan Cheese.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 2 kiub pati ayam.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat!

Seimbangkan rasa dengan sedikit gula. Jika suka boleh masukkan Segenggam daun parsley dihiris halus.

Cara-cara membuatnya:

  1. Cairkan butter dan tumis bawang-bawang, cendawan dan streaky beef hingga layu/perang.
  2. Masukkan susu segar, cream, santan kelapa SAJI Light, air rebusan pasta, cheese, kiub pati ayam, gula dan kacau sebati. Reneh seketika hingga kuah sebati dan berkrim
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan Fettuccine yg telah direbus lembut. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. kacau rata sedia dihidang bersama pepperoni.
Baca juga :  Resepi Fettucine Carbonara lemak berkrim yang senang untuk disediakan.

Dah siap,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.