Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Pedas-pedas manja. Habis nasi kita ratah pun sedap juga!

Cara untuk membuat Ayam Masak Kicap Pedas-pedas manja. Habis nasi kita ratah pun sedap juga! Ratah pula dengan bawang krup krap. Jom Kita masak resepi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam yang telag dicuci bersih
  • Cili kisar 8 sudu besar.
  • Ubi Kentang 1 biji dibelah.
  • Serai 1 batang diketuk.
  • Rempah Sup 1 sudu kecil.
  • Tomato 1 biji dibelah.
  • Bawang Merah 1 biji dipotong bulat.
  • Cili Merah 1 batang dipotong serong.
  • Cili Hijau 1 batang dipotong serong.
  • Air Asam Jawa (1 sudu kecil tambah 1 cawan air).
  • ½ cawan Kicap Manis. Saya guna Cap Kipas Udang.
  • Gula secukup rasa.
  • Kiub Ayam 1 kiub (jika perlu).
Baca juga :  Cara membuat Ikan Pekasam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Bila dah siap goreng, Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak. Dah siap, angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan sedikit minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.
  6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, bawang merah, cili merah dan cili hijau serta tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Buttermilk Chicken Yang bakal menaikkan selera anda seisi keluarga.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.